Sejarah Sekolah

          Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar (SMKLB) terletak kira-kira 27 kilometer dari Bandar Kulim. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1975. Pada peringkat awal penubuhannya, pelajar-pelajar SMKLB telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Malau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Pelam, Malau mulai 1 Januari 1975 sehingga 31 Mei 1976.
         Bangunan SMKLB telah didirikan di sebuah kawasan seluas 6.07 hektar (15 ekar) di kawasan ladang Bukit Sidim, Labu Besar. Pada 1 Jun 1976, SMKLB dengan rasminya beroperasi dan telah memulakan sesi persekolahannya pertama dengan jumlah pelajar seramai 437 orang.
          SMKLB turut betuah kerana diberikan kemudahan asrama harian. Asrama harian SMKLB mulai mengambil pelajar pertamanya pada 1 Mei 1991 dengan kapasiti 110 orang pelajar.
          Mulai 1 Mac 1993, sekolah ini telah dinaiktaraf dari sekolah gred B ke sekolah gred A dan beroperasi melalui 34 buah kelas yang terdiri dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 5. Mulai 1998 pula, kelas aliran sains dibuka untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dengan jumlah pelajar seramai 20 orang. Pada awal april 2002, sekolah ini sekali lagi melakar sejarah apabila diberi kepercayaan mewujudkan kelas tingkatan 6 aliran sastera dan seramai 28 oarang pelajar mendaftar diri pada tahun tersebut.
         Apabila terbinanya sebuah blok bangunan tiga tingkat yang baru pada tahun 2003, perubahan kepada sistem persekolahan turut berlaku. Blok yang mengandungi 12  buah bilik kelas, sebuah bilik guru dan sebuah dewan terbuka  telah membolehkan sistem persekolahan satu sesi dilaksanakan mulai tahun tersebut.
          SMKLB telah menubuhkan kelas Pendidikan Khas mulai 1 Januari 2008. Kini jumlah murid kelas pendidikan khas adalah seramai 16 orang, seorang guru penyelaras, 3 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM). Murid khas sekolah ini datang dari sekitar kawasan Sedim, Kulim.
         Kini setelah 37 tahun megah berdiri, SMKLB mempunyai pelajar seramai________ orang dan mempunyai 85 orang staf akademik dan 13 orang staf sokongan. Semua modal insan yang saling berganding bahu demi memartabatkan nama dan menaikkan imej sekolah ini.






No comments:

Post a Comment

clock